Cara Memancarkan atau Mencerminkan Netflix daripada Peranti Mudah Alih Anda

Jika anda tidak mempunyai apl Netflix pada TV atau peranti yang disambungkan kepada TV anda, anda mungkin masih boleh menggunakan peranti mudah alih anda untuk membuat pemancaran, pencerminan dan sambungan kepada TV menggunakan kabel video.

Pemancaran

Gunakan apl mudah alih Netflix untuk menyemak imbas, memainkan atau menghentikan rancangan pada TV anda. Ini hanya berfungsi pada TV dan paparan yang menyokong pemancaran. (Lihat peranti yang menyokong pemancaran di bawah.)

Pencerminan skrin tanpa wayar

Paparkan seluruh skrin mudah alih pada TV anda menggunakan ciri atau apl terbina dalam. Sila ambil perhatian bahawa Netflix mungkin tidak menyokong sesetengah peranti atau apl pencerminan.

Kabel atau penyesuai video

Sambungkan peranti mudah alih anda terus kepada TV atau paparan lain menggunakan kabel atau penyesuai video. (Peranti atau kabel/penyesuai video anda mungkin tidak disokong oleh Netflix. Lihat maklumat berikut untuk butiran.)

Jika anda melanggan pengalaman dengan iklan, anda tidak akan dapat menggunakan TV anda sebagai paparan untuk kandungan Netflix yang dimainkan pada peranti mudah alih anda (melalui pancaran atau pencerminan).

Artikel Berkaitan