Cara mencipta, mengedit atau memadamkan profil

Orang yang tinggal bersama dalam satu isi rumah boleh menikmati pengalaman Netflix yang diperibadikan bagi mereka. Anda boleh mempunyai maksimum 5 profil pada satu akaun Netflix.

Perhatian: Profil tidak tersedia pada peranti yang dibuat sebelum tahun 2013. Akaun ahli tambahan hanya boleh mempunyai 1 profil.

Setiap profil mempunyai tetapan tersendiri bagi:

  • Maklumat peribadi dan maklumat hubungan (termasuk nama profil, nama pengguna dan alamat e-mel)

    Perhatian: Bergantung pada akaun dan profil anda, maklumat ini juga mungkin termasuk jantina, nama pertama dan nama keluarga serta nombor telefon.

  • Kunci profil

  • Pilihan bahasa

  • Tahap kematangan dan had tontonan khusus

  • Penampilan sari kata

  • Tetapan main balik

  • Tetapan pemberitahuan

  • Log aktiviti tontonan

  • Nama pengguna

  • Simpanan permainan

  • Cadangan rancangan dan filem yang diperibadikan

  • Senarai Saya

  • Rating

Perhatian: Sesetengah ciri profil tidak tersedia untuk profilKanak-kanak.

Artikel Berkaitan